hai kawan2!
hari ini tetiba datang angin nak memasak lauk special utk makan tengah hari. fikir2 punya fikir tup2 datang idea IKAN BAKAR BEREMPAH! yes!
cari la resepi kat internet (thanks to my adik)..huhu
buat kawan2 yang nak cuba. ni resepinye...
ni sekadar gambar hiasan.
bahan kisar:
bawang merah
cili kering
bawang putih
belacan bakar
1 batang serai
lengkuas
halia
kunyit hidup (sebuk pun boleh)
jintan manis (sangai sebelum kisar)
bahan lain:
ikan segar
daun kunyit (hiris halus2)
air asam jawa
cara membuat:
1. panaskan minyak, tumis bahan2 kisar sampai wangi dan pecah minyak.
2. masuk garam dan gula secukup rasa, kacau dan masukkan air asam jawa.
3. setelah masak, gaul dengan ikan dan daun kunyit. perap selama 1 jam dan bakar.
siap! rasanya memang umphh!
thank to internet kerana memudahkan hidupku! huhu..
bye semua!
NEXT - jom memasak!